Mira ada seorang kawan yang mengalami masalah cinta..
Dia ni seorang siswi di IPTS..
Dia ni adalah kawan baik saya..
Mira dan dia telah berkawan sejak darjah 6 lagi..Kami selalu berkongsi cerita dan masalah..
Dia ni suka sangat kat seorang mamat ni..Yang mamat ni layan dia macam awek dia..
Selalu ambil berat, penyayang dan peramah..Sikapnya itu telah membuatkan kawan mira ni jatuh cinta kepadanya..
Tetapi si lelaki ni terlalu peramah terutamanya dengan perempuan..Sikapnya itu telah membuatkan kawan mira ini cemburu..Setelah sekian lama memendam perasaan..Akhirnya, kawan mira ini pasrah kerana si lelaki ini sudah mempunyai perempuan yang lain..Kawan mira ini berasa sungguh sedih dan stress sehinggakan dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya...Mira sebagai kawan baiknya, telah menasihatinya agar tabah dan jangan terlalu mudah berputus asa dengan dugaan yang menimpa ke atas dirinya itu..Pengajaran disebalik kisah ini ialah kita janganlah mudah jatuh cinta kepada seseorang..Kerana kita tidak pasti sama ada lelaki itu ikhlas menerima kita atau sebaliknya..Selain itu, kita mestilah tabah dalam menghadapi sebarang dugaan yang menimpa diri kita..Hal ini kerana, Allah sangat menyayangi hambanya yang tabah apabila diberi pelbagai dugaan hidup..
Insyaallah, dengan hati yang ikhlas kita dapat merasai kenikmatan hidup yang dikurniakan oleh Allah =)
Sebelum mira nak tido, mira mesti memaafkan kesalahan orang yang pernah membuatkan mira berasa kecil hati dengannya :)
Dengan cara itu, barulah mira dapat rasa hidup ni tenang dan aman je..
Kalau korang tak caya korang cubalah buat..
Selamat Malam Semua ^_^
No comments:
Post a Comment