Sunday 26 May 2013



INILAH NURUL AMIRA BINTI KAMARUL ARIFFIN :)


Mira tak tahu nak cerita pasal apa lagi…herm Mira cerita pasal sikap dan perangai Mira lah…Mira ni seorang yang sangat simple…tidak terlalu cerewet dalam memilih pakaian dan yang paling penting Mira suka kan makanan hihihi…Mira suka makan coklat yang ada wafel…untuk pengetahuan korang, Mira tidak makan UDANG…bukan kerana Mira alah dengan udang tapi Mira tidak boleh nak memakannya…ini kerana setiap kali Mira cuba makan udang, Mira akan termuntah…Mira ni seorang yang ceria dan selalu menyembunyikan kisah sedihnya daripada orang yang dia sayang…bagi Mira, bila Mira ceria orang lain pun akan ceria jugak ;) Mira ni seorang yang pemalu sebenarnya…kurang keyakinan diri apabila berhadapan di khalayak ramai…tapi Mira cuba mencari keyakinan diri untuk menghilangkan perasaan pemalu Mira ini…di rumah Mira seorang yang sangat garang dan panas baran…tapi bila dengan kawan2, Mira seorang yang ceria dan suka bercakap hehehe…
Dalam bab bercinta-cintun ni, Mira seorang yang setia pada yang satu…Mira tidak suka bermanja2…Mira tidak akan menerima mana2 lelaki yang pernah bercinta dengan saudara, kakak angkat dan kawan2 Mira…ini kerana Mira tak nak menyakiti hati mereka…bagi Mira, perasaan mereka lebih penting daripada perasaan Mira sendiri walaupun Mereka tidak mengetahuinya…Mira sanggup melepaskan orang yang Mira cintai demi mereka…
Biarlah Mira mencari teman hidup yang tidak ada kaitan dengan mereka…Mira pernah merasai betapa sakitnya hati bila melihat orang yang pernah menjadi teman istimewa kita bercinta dengan orang yang paling rapat dengan Mira…Mira tak nak mereka merasai apa yang telah Mira rasai…Bagi Mira setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya…Biarlah tuhan yang menentukannya…

No comments:

Post a Comment